Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3. Syukur pada Allah. Tuhan yang mengizinkan semuanya berlaku. Pada hari Ahad lepas, 3 Oktober 2010. Seramai 44 orang telah turut serta dalam aktiviti riadah kali ini iaitu Carboot di Doncaster. Kami berkumpul di Student Union pada pukul6.30 pagi dan bergerak ke sana pada jam 7.05 pagi dengan menaiki coach.

Cuaca pada mulanya agak baik. Allahuakbar. Tapi sebelum sahaja bertolak hujan mula turun renyai-renyai. Makin melebat sepanjang perjalanan hingga sampai ke destinasi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah agak ramai penjual yg membuka kedai walaupun ada yang pulang awal kerana hujan yang makin melebat, tiada tanda untuk rede.

Dalam pukul9.30 pagi kami beramai-ramai bergerak pula ke Lakeside Village Factory Outlet untuk meneruskan usaha mencari keperluan yang masih belum ada seperti yang dirancang di awalnya. Cuma kami terpaksa ke sana lebih awal kerana hujan dan banyak penjual sudah pulang. Alhamdulillah, rata-rata merasa puas hati dan berjaya membali keperluan masing-masing. Biiznillah. Lebih kurang jam2 petang kami bergerak pulang dengan menaiki coach yang sama. Kami sempat juga mengedarkan flyers PSP yg akan datang sebelum bersurai.

Kami sebagai penganjur memohon maaf atas silap salah dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang baik. Moga ada di kesempatan lain untuk sama2 memeriahkan program seumpama ini. InsyaAllah.

Huda@Furqan 
Penyelaras program
MSMSheffield