Sempena program Misi Kasih Palestin (Night for Palestine) yang akan diadakan di Leicester pada 30 Oktober 2010, MSM EMSY (Majlis Syura Muslimun, East Midlands South Yorkshire) akan mengadakan slot “Charity Auction”.

Ini bertujuan utk menggalakkan semua tetamu yang hadir untuk berlumba-lumba membuat kebaikan (fastabikul khairat) dengan konsep membeli sambil beramal. 100% keuntungan dari slot ini akan disalurkan kepada projek-projek Misi Kasih Palestin MSM.

“Siapa yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menginfakkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” {2::245}

Untuk tujuan ini, kami ingin meminta jasa baik anda untuk mendermakan barang-barang baru atau terpakai yang boleh dilelongkan di slot “Charity Auction” ini.

Contoh barang-barang yang boleh didermakan adalah seperti barang-barang rumah (e.g. hiasan rumah, barang-barang dapur, set pinggan mangkuk etc.), barangan elektronik (e.g. telefon bimbit lama, kamera, MP3 etc.), barang-barang hiasan (set hadiah, aksesori telefon etc.), buku-buku atau apa-apa sahaja barang terpakai yang masih elok dan boleh dijualkan semula.

Untuk menderma barang-barang tersebut, anda boleh menghubungi wakil-wakil kami di setiap kawasan.

Leicester:
Asmin Khassim & Mahyudin Ahmad
Email: ummimuammar@yahoo.co.uk
Hp: 07593415150

Sheffield:
Norida Minhat & Mohd Najib
Email: idaminhaj@yahoo.com
Hp: 07885609016

Nottingham:
Farha Diana
Email: kaktus2u_89@yahoo.com
Hp: 07972462467

Izzudin Iliyes
Email: abu.jundullah09@googlemail.com
Hp: 07711666672

Loughborough:
Wan Nor Sitah & Abdul Rahman
Email: onenorsitah@yahoo.com
Hp: 07522387624

Tarikh akhir untuk mengumpulan barang-barang yang didermakan adalah pada 15 Oktober 2010.

Semoga jasa baik anda menderma/membeli untuk saudara-mara kita di Palestin akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Mewakili MKP & MSM EMSY,
Nida Fatin Mat Asis
Leicester
Allahummaj `alna minal Mukhlisin