Salam,

Semoga Allah menghimpunkan kita di dalam golongan hamba-hambanya yang siddiqin, syuhada dan hasuna ula ikarafiqa… malah kita merasa seronok untuk berlumba-lumba mengejar kebaikan, fastabiqul khairat dengan niat dan hati yang ikhlas kepada Allah tuhan semesta sekelian alam…

Kita membina usrah bukanlah untuk suka-suka tanpa ada matlamat dan penhujungnya, tetatpi kita membinanya kerana ujud disana rasa mawaddah dan rahmah, kasih-sayang, cinta kepada saudara sesama muslim lebih dari cinta kepada diri sendiri, mempraktikkan akan ilmu yang sebenar kerana tidak mahu menjadi jahil, pengamal sifat mazmumah seperti menjadi pengumpat dan pengkeji yang difahami seolah-olahnya ibarat memakan daging saudara sendiri, menjadi medan untuk sama-sama melaksanakan amal islami, belajar mengenali saudara kita, mengenali apakah makna Islam sebenarnya, menyediakan suasana atau biah yang solehah, medan muhasabah segala tingkah laku dan amal sepanjang hari… insyaallah kita akan bina usrah ini sebagai rantaian-rantaian ukhuwwah yang menjadi teras kegemilangan ummah.

Jadikan pengisian usrah selama diperolehi sebagai bekalan hidup, ibadah-ibadah harian wajib dan sunat sebagai bekalan menuju ketaqwaan, pengalaman hidup diri dan ikhwah lain sebagai bekalan ukhuwwah… yang akan mematangkan gerak-kerja kita sebagai hamba Allah yang mengajak manusia kearah Islam yang sebenar, menyeru kepada maaruf dan mencegah mungkar… kerana inilah akhir kepada kemanisan iman yang akan kita kecapi bersama.

Berilah sebanyak mungkin ruang di dalam diri dan hati kita untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah Taala supaya diri kita menjadi kental dalam meneruskan tugas dan amanah sebagai penyeru yang selama ini menjadi tugas dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah tercinta.

Sepertimana kita ketahui, sesiapa yang menolong agama Allah maka Allah akan menolong dan menganjari segala nikmat dan rahmatnya ke atas mereka yang menolong. Besar ganjarannya dari Allha Taala. Tetapi semua ganjaran itu tidak akan kita kecapi jika kita tidak menempatkan diri kita di atas jalannya.

Semoga kita mendapat bahagian kita di atas muka bumi ini sebagai manusia yang bekerja ikhlas kerana Allah Taala.

Sekian, wassalam

MSM Sheffield