14/11/2010 Sheffield – Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya, Program OH! Our History atau lebih dikenali sebagai ISK telahpun diadakan pada 14 November 2010, bertempat di Bilik Mesyuarat, Octagon Centre. Program ini bermula dari jam 10.00pagi dan berakhir pada jam 5.30ptg.

Sebaik pintu Octagon dibuka pada jam 9.50pg, kesemua AJK dan beberapa adik2 telahpun bekerjasama untuk memasang alatan teknikal, menyusun meja dan kerusi serta memulakan pendaftaran para peserta. Seramai 20 peserta telah hadir yang terdiri daripada 3 orang postgraduates dan 17 orang undergraduates. Jumlah keseluruhan yang hadir termasuk AJK adalah 30 orang. Peserta diberi ‘goodie bag’ yang berisi makanan ringan untuk breakfast pagi.

Program ini dimulakan dengan doa selamat dan juga bacaan ayat suci Al-Quran (Surah Al-Hajj: Ayat 47-55) oleh Ukhti Azimah Omar. Slot mukadimah dimulakan oleh Ukhti Nurul Huda dengan begitu bersemangat agar para peserta dapat memahami tujuan mengetahui sejarah Islam.

Seterusnya, slot kedua iaitu pembentangan mengenai Dakwah Rasullullah di Mekah dan Madinah disampaikan oleh Ukhti Nurdalila. Slot ini amatlah menyentuh hati apabila menyedari betapa besarnya pengorbanan Rasullullah s.a.w. demi menyebarkan risalah kebenaran. Seterusnya, program berhenti rehat untuk makan tengah hari, solat zohor dan solat asar berjemaah. Para peserta turut diserikan dengan video yang disediakan oleh Ukhti Ida, Ukhti Atiqah dan Ukhti Aisyah. Video ini memberikan lagi semangat kepada peserta-peserta untuk terus mendengar OH!.

Slot seterusnya bersambung pada jam 2.10tgh hari dengan aktiviti bengkel. Setiap kumpulan berpeluang berbincang tentang apa yang telah dipelajari daripada slot pertama dan kedua.

Seterusnya program disambung dengan slot Zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan Umaiyyah, yang dibentangkan oleh Ukhti Fauziah dengan lantang dan penuh gaya bersemangat. Adik-adik turut merasai percikan semangat daripada Ukhti Fauziah untuk menghayati perjuangan para sahabat Rasullullah s.a.w. dalam menyebarkan Islam.

Seterusnya slot Zaman Abbasiyyah dan Turki Uthmaniyyah disampaikan oleh penyampai muda, Ukhti Ummu Fatima dan Ukhti Amirah Ngah. Dengan gaya penyampaian yang tersendiri dan menggunakan video yang sangat menarik, para peserta terus teguh untuk mendengar OH yang disampaikan.

Program berehat sekali lagi untuk menunaikan solat marghrib berjemaah. Kemudian, slot diakhiri dengan tayangan video Shift Your Paradigm selama 20 minit, dan disambung dengan penutup, Ini Peranan Kita yang disampaikan oleh Ukhti Nurul Huda.

Selaku Pengarah progam, saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan segala perjalanan program dari mula hingga tamatnya program. Ucapan jazakumullahu khairan katheera kepada semua yang telah berusaha keras bagi menjayakan program ini. Selain itu, jalinan ukhuwwah yang semakin erat dirasai, moga dirahmati dan diberkati.

Moga Allah membuka pintu hati mereka yang hadir untuk melihat jalan yang lurus ini, iaitu jalan menuju ke syurgaNya yang kekal abadi.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Pengarah Program OH! Our History
18/11/2010