SURVIVAL GUIDE (Undergraduate)

:courtesy of kodiangman kekenyangan:

Assalamualaikum wbt para pelawat!

Selamat datang ke blog MSM Sheffield! Insya Allah kami sedang dalam kerja-kerja untuk membantu adik-adik Undergraduate yang akan datang ke Sheffield untuk sesi pengajian 2009/2010. Survival guide masih belum lengkap. Insyaallah Survival Guide ini akan diupdate lagi dengan gambar-gambar di sekitar Sheffield untuk tatapan adik-adik semua (more pictures are coming up soon)!

Ada beberapa perkara yang perlu adik-adik tahu seperti “persediaan sebelum fly”, “barang yang perlu dibawa” dan “barang yang tak perlu dibawa”. Jika ada apa-apa pertanyaan, jangan segan-segan hubungi kami ya!

Persediaan sebelum fly:

Sangat penting untuk berikan high priority dan menjaga semua dokumen dengan berhati-hati. Seelok-eloknya, buatlah list “things to do” supaya kerja-kerja lebih tersusun, dan untuk memastikan semua perkara yang penting sudah dilakukan. Jadi lebih proactive untuk memastikan semua dokumen telah diterima oleh pihak berkenaan dan sedang diproses.

Things you need to do:

   1.   Hantar satu atau dua salinan unconditional offer letter kepada sponsor.

  • Hantar melalui fax atau by hand adalah cara paling selamat. Boleh juga menggunakan pos, tetapi seelok-eloknya gunakan khidmat pos laju sahaja. Pos express tidak digalakkan kerana ia tidak sertakan resit untuk simpanan kita.
  • Pastikan anda hubungi pihak mereka terlebih dahulu sebelum menghantar dokumen tersebut.
  • Bagi yang masih menunggu offer letter dari university, DO NOT WAIT!! Hubungilah pihak university di Malaysia (Uni of Sheffield ada cawangan di Petaling Jaya) dan minta mereka untuk print out the offer letter untuk anda. Sediakan satu salinan keputusan A-Level atau IB anda untuk mereka.
  • Pastikan mereka print surat berkenaan di atas kertas yang mempunyai university head letter.

   2.   Selepas itu, sponsor akan memberikan anda sponsors offer letter dan contract (4/5 salinan)

  • ‘Complete’kan dokumen tersebut secepat mungkin, supaya lebih cepat anda menerima wang dari sponsor dan juga visa.
  • Pastikan anda benar-benar mengetahui apa yang perlu diisi dalam kontrak tersebut. DON’T ASSUME.
  • Isikan kontrak tersebut dengan sangat-sangat berhati-hati. Anda tak akan diberikan kontrak yang baru jika anda tersalah isi, dan anda tak akan menerima wang anda.
  • Kemudian, hantarkan semula dokumen tersebut pada sponsor anda dengan cara yang telah disebut di atas. Pastikan semua dokumen yang diperlukan telah disertakan sekali sebelum menghantar.

   3.   Anda kemudiannya boleh meneruskan untuk membuat visa. Anda boleh melihat list of document yang diperlukan untuk membuat visa di internet. Jika anda tidak sertakan dokumen yang betul, anda tidak layak untuk meng’apply’ visa tersebut. And it would cost more money jika ingin membuat visa untuk kali kedua. Anda boleh merujuk ke laman web ini: http://www.vfs.com.my/index.asp

   4.   Sementara menunggu visa, anda boleh melakukan medical check-up. Boleh dilakukan di hospital kerajaan (murah, tetapi lama – seminggu) atau di hospital swasta (mahal, tetapi sekejap).

  • Test yang penting untuk dilakukan TB, HIV, chest X-ray, urine test.
  • Periksa semula borang medical check-up. Pastikan borang itu dipenuhi bagi mengelakkan masalah semasa di airport nanti.
  • Anda masih boleh fly ke overseas walaupun anda tidak menerima Hep B vaccination. Anda boleh mendapatkannya dengan percuma di UK.

   5.   Pastikan anda sudah mengetahui di manakah anda akan tinggal apabila sampai di Sheffield. Dapatkan alamat sebelum fly dan tuliskan dalam kertas atau buku kecil, dan bawa dalam hand-luggage.

Check-in Luggage

  • Amat digalakkan untuk membawa satu sahaja bagasi besar bersaiz 30-32 yang bertayar untuk memudahkan perjalanan.
  • Seeloknya dapatkan bagasi yang bermutu tinggi supaya tidak mudah rosak dan boleh bertahan sehingga 3-4 tahun.
  • Jika anda dibenarkan untuk membawa bagasi seberat 20kg, pastikan anda gunakannya sepenuhnya (bukan hanya 15kg atau 19kg). Timbang bagasi anda sebelum anda bertolak ke airport untuk keselamatan.

Barang yang perlu dibawa:

Hand Luggage

Di bawah adalah barang-barang yang sangat penting untuk dibawa dalam hand-luggage:

  • Passport dan visa
  • Unconditional offer letter dari university dan sponsor (1/2 salinan)
  • Bank drafts atau bank statements (financial affidavit) – dapatkan dari sponsor (1/2 salinan)
  • Medical report
  • Chest X-ray (gulung, jangan lipat) – untuk mengelakkan daripada beratur panjang hanya untuk mendapat chest x-ray
  • Maklumat tentang accommodation – alamat, contract, etc.
  • Wang pound sterling untuk kegunaan kecemasan
  • Basic toiletries – untuk kegunaan selepas perjalanan jauh

Barangan dapur/makanan.

  • Periuk nasi
  • Ikan bilis
  • Cili kering
  • Rempah ratus (periuk nasi, ikan bilis, cili kering boleh didapati di sini tapi agak mahal. Plus, cili kering di sini pedas dan tak sesedap cili kering di malaysia)-
  • barangan lain seperti serunding, serbuk kari, makanan segera dan sebagainya boleh juga dibawa mengikut citarasa sendiri

Lain-lain.

  • Tudung dan brooch yang mencukupi (bagi wanita)
  • Songkok (bagi lelaki)
  • Pakaian tradisional beberapa helai (program raya)
  • Quran dan ma’thurat
  • Telekung dan sejadah
  • kompas solat.
  • Contact lens (Agak sukar untuk mendapatkannya di UK, kerana perlu mendapatkan prescription daripada doctor)
  • Tuala
  • Stationaries yang mencukupi (Agak mahal untuk didapatkan di UK)
  • Selipar (Untuk kegunaan dalam rumah, boleh beli di sini tapi, harga sangat tak berbaloi.)
  • Bagi perempuan, jika anda selesa berpakaian labuh, bawalah pakaian yang anda selesa pakai sebanyak mungkin.
  • Ubat-ubatan. Panadol, minyak angin, bam etc. Jika anda penghidap asthma, jangan lupa bawa inhaler! (Seelok-eloknya dapatkan surat daripada doktor di tempat anda yang menyatakan bahawa ubat-ubatan tersebut adalah untuk kegunaan anda)
  • Laptop
  • Pen drive or external hard disk
  • Extra gambar berukuran passport (sebanyak mungkin – eg. 12 keping)

Peralatan yang tidak perlu dibawa:

  • Winter jacket (Lebih murah didapatkan di UK berbanding di Malaysia)
  • Hanya perlu membawa sehelai atau 2 helai sweater untuk kegunaan waktu musim luruh
  • Kasut boots (Juga lebih murah dibeli di UK)
  • Hanya perlu membawa sekurang-kurangnya satu kasut bertutup (eg: snickers) untuk kegunaan musim luruh
  • Toiletries (bawa untuk keperluan 2-3 hari terawal sahaja. Hanya perlu membawa toiletries bersaiz kecil).
  • Duvet, duvet cover, cadar, bantal, etc.
  • Alatan dapur- (senduk, sudip etc).
  • Thermal wear. (Jika tidak tahan sejuk, boleh bawa sepasang sahaja. Selebihnya boleh dibeli di sini.)

Accomodation

2 options:

1.   Hall of residence

Advantage

  • Tidak perlu fikir tentang bills (termasuk dalam sewa)
  • Social network

Disadvantage

  • SANGAT MAHAL
  • Terasa seperti hidup di asrama
  • Mudah berasa lonely
  • masalah berkongsi dapur dengan non-muslim (berkongsi fridge: pork, alcohol, etc)
  • kebanyakan kawasan hall adalah jauh dari kawasan university

2.   Private Rented house ( rumah sewa)

Advantage

  • hidup berdikari
  • Boleh menyewa rumah bersama rakan-rakan yang kita lebih selesa
  • Mudah menerima tetamu
  • Homely
  • lebih murah

Disadvantage

  • Perlu fikir tentang bills

Kawasan rumah sewa yang paling ramai didiami oleh pelajar-pelajar undergrad Malaysia adalah: BROOMHALL

Kenapa:

  • Amat berdekatan dengan kedai-kedai makanan halal (Crown Pizza, Popeye, etc) dan kedai runcit halal (Yafai & Sons Groceries Shop)
  • kawasan kepadatan warganegara Malaysia yang tinggi – mudah untuk meminta pertolongan, etc
  • Harga rumah sewa yang berpatutan dan affordable
  • Dekat dengan universiti.
  • berdekatan dengan station tram (mudah utk ke mana-mana)

Akaun Bank

Ada banyak bank yang menawarkan perkhidmatan di UK – HSBC, Natwest, Lloyds, Barclays etc. Pelajar-pelajar amat digalakkan untuk membuka akaun di bank Lloyds:

  • Menawarkan visa debit (memudahkan urusan pembelian online, tidak perlu kad kredit)
  • Islamic banking

Ada pertanyaan?

Insyaalah, kami akan up date lagi Survival Guide ini. Jika anda ada sebarang pertanyaan, (terutamanya pelajar undergrad), sila hubungi kami.

3 Comments (+add yours?)

  1. MikinHmo8
    May 11, 2010 @ 21:27:04

    Awesome way of thinking. I love it. Thank you for posting

    Reply

  2. Ana Muslim
    Jul 23, 2009 @ 14:59:00

    Mantap🙂 A good thorough guide..

    Reply

  3. halawatuliman
    Jul 15, 2009 @ 16:04:36

    mantap..mantap..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: