Iftar Jama’ie Brothers – 19/11/2009

Majlis Iftar Jama’ie Brothers telah diadakan di MWHS pada 19/11/2009. Program ini bermula jam 7.45 malam. Antara pengisian program seperti makan malam, tazkeerah dan solat tahajjud. Program ini telah dihadiri seramai 7 orang.

Program berakhir jam 10.00 malam.

Sekian.

Kutipan keseluruhan derma mangsa gempa Padang mencecah £1158.84

Assalamualaikum wth wrbt,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, kita telahpun mengumpulkan derma berjumlah £1158.84 kesemuanya untuk misi derma gempa Padang. Semoga sahabat-sahabat sekalian mendoakan perjalan kami ke Padang dilindungi Allah dan dipermudahkan segalanya olehNya.

Jazakallah kepada semua yang telah menderma. Hari ini, telahpun berakhir kutipan derma secara rasmi.

Sekian, saya yang melaporkan dari Malaysia.

Raudhah Ahmadi

Salam Zulhijjah 1430

Riadah Akhawat- High Hazel Park

Alhamdulillah dengan  izin NYA, buat pertama kalinya , riadah akhawat Sheffield telah diadakan di High Hazel Park (14 Nov’09-sabtu/10.00pagi).

Aktiviti ini bertujuan mengeratkan ukhuwwah dan usaha memenuhi salah satu 10 muwasofat tarbiyyah iaitu sihat tubuh badan.

riadahsismsm

Semua akhawat, yang terdiri daripada 3  orang UG dan 3 orang PG serta tidak lupa juga kepada 4 orang kanak-kanak berkumpul di rumah ukhti Suriani dan berjalan ke tempat riadah beramai-ramai bersama kesejukan angin pagi. Setibanya di sana kami memulakan dengan aktiviti ‘Spider Web’ .

Sedikit pengisian dari surah Ar-Rum ayat 21-24 juga telah diberikan oleh ukhti Yati..Selepas beriadah kami menghilangkan dahaga dan turut serta mengikuti program membuat rumah burung yg dianjurkan oleh ranger di Hazel Park tersebut. Sungguh seronok melihat telatah kanak-kanak memegang paku dan penukul besi untuk menyiapkan ‘bird home’ masing-masing.

Aktiviti riadah ditamatkan 11.30 pagi.Jazakumullahu khairan kathira kepada semua akhawat yang hadir…..InsyaAllah jumpa next riadah!!!!!…:)

Yang Melaporkan,

Ukhti Norida.

Ini Sejarah Kita

 

Kembalikan kegemilangan Islam…

Bile fikir-fikir  kembali, satu masa dahulu tamadun Islam dijulang tinggi, di kenali di seluruh pelusuk dunia. Hebatnya perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat sehingga membawa Islam ke puncak kegemilangan. Tapi kini ?? Islam yang pernah menakluki 2/3 dunia telah hilang. Kini umat Islam sudah tidak bersatu..atau lebih teruk, pentingkn diri sendiri. Orang Islam skrg dah tak mcm dulu. Org Islam kini tak sekuat orang Islam zaman Rasulullah dan sahabat-sahabat. Tak dpt dinafikn..ade yang kuat..tp amat sedikit  jika dibandingkn dgn jumlah org islam yg ade skrg..ya! kita ramai..tp kite ibarat buih!hanyut di tiup  angin zaman yang penuh kemungkaran.. zaman yg kejayaannya dinilai dgn harta dan kemewahan semata-mata..

Knp kite diciptakan??untuk menjadi khalifah kn? Fikirlah kawan-kawan..ingatlah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ini..kembalikan tamadun Islam yg hebat seperti dulu..Ingatlah janji Allah..siapa yang tolang agama Allah, nescaya syurga yg abadi menantinya..

Surah Ali-Imran:142
:…Adakah kamu menyangkan bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?…”

kawan-kawan..fikir sejenak ayat di  bawah ni…

An-Nisaa:97
“..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”

~Jadilah manusia logam~

“Manusia ini ibarat logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya. Sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahaman…

INGATLAH!!

“Orang mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah dari orang mukmin yang lemah”

 

nukilan,

sister mirahamira@ www.tintanurani.wordpress.com

mini ISK di RI Salsabila, Sheffield.

Majlis perpisahan Ukhti Nik Munirah – 11/11/2009

11112009112

Majlis perpisahan ini telah diadakan pada 11/11/2009 (Rabu) di Restoren Kebabish Wickers jam 12.00 tengahari.

Alhamdulillah kehadiran ikhwah dan akhawat di sekitar 20 orang hadir untuk meraikan majlis perpisahan ini.

Semoga perpisahan ini bukanlah merupakan perpisahan dari mengerjakan amal dakwah tetapi sebaliknya akan menambahkan kekuatan ukhuwwah dan instiqamah mencorakkan usaha dakwah di mana sahaja kita berada.

11112009111

Majlis bersurai jam 2.00 petang.

Alhamdulillah, Kutipan hari kesembilan telahpun mencapai TARGET £1000

4 hari Lagi, Misi Kasih Padang MSM Sheffield

misi kasih 2

Gambar sokongan sisters Sheffield yang sungguh bersemangat menyertai Misi Kasih Padang MSM Sheffield

Syukur kita ke hadrat Ilahi yg teramat atas keizinanNya, kita telah berjaya mencapai TARGET utama kita iaitu £1042.40 untuk misi kasih Padang dari MSM Sheffield dan seluruh UK amnya.

Terima kasih atas sokongan semua sahabat-sahabat sekalian.

Doakan agar misi kita akan berjaya. InshaAllah, yg akan bersama misi ini nanti adalah saya dan Kak Asyifa.

Kami berdua akan ke Padang bersama-sama pada 19hb nanti. Hari ini kami akan berangkat ke Malaysia.

Doakan agar perjalanan kami selamat dan dipermudahkan Allah.

Buat sahabat yang masih mahu menghulurkan derma, masih boleh berbuat demikian sehingga 17hb November.

InshaAllah saya akan mengeluarkan duit tersebut di Malaysia nanti.

 

Alhamdulillah, kutipan derma mangsa gempa Padang hari ketujuh mencecah, £979.34

Assalamualaikum wth wrbt,


TARGET KITA £1000, 7 hari lagi


Syukur kepada Allah yang sebanyak-banyaknya. Kutipan derma hari ketujuh telahpun mencecah £979.34.

InshaAllah, mari kita doakan bersama-sama semoga misi ini akan berjaya mencambahkan keyakinan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang pemurah dan ikhlas dalam menginfakkan harta kita ke jalanNya.

Dan semoga misi ini juga dapat meringankan bebanan saudara-saudara kita di Indonesia.

Ameen.

Sokongan bersama,
Warga Sheffield dan MSM Sheffield

Kutipan derma mangsa gempa Padang hari keenam mencecah £823

Assalamualaikum wth wrbt,

Syukur kehadrat Ilahi, kutipan derma untuk hari keenam bertambah lagi kepada £823.

Semoga Allah sahaja yang membalas niat baik hamba-hambaNya menolong saudara-saudara lain yg dalam kesusahan. Mari sahabat semua, kita teruskan kutipan derma kita, dan jadikan amalan besedekah sebahagian daripada rutin kehidupan kita, inshaAllah.

TARGET KITA, £1000 8 hari lagi

Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati olehNya.

Ameen.

“ ….apapun harta yang kamu infaqkan, maka kebaikannya untuk dirimu sendiri. dan janganlah kamu berinfaq melainkan kerana mencari redha Allah. dan apa pun harta yang kamu infaqkan, niscaya kamu akan diberi pahala secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi. ” [al Baqarah : 272]

Salam Warga Sheffield dan MSM Sheffield

http://tamanraudhah.wordpress.com/

Alhamdulillah, kutipan hari kelima derma untuk mangsa gempa Padang mencecah £808

Assalamualaikum wth wrbt,

Segala puji hanya bagi Allah. Kutipan derma hari kelima telah berjaya mencapai TARGET kedua kita, iaitu sebanyak £808. Semoga Allah menerima ketulusan hati kita menginfakkan harta di jalanNya. InshaAllah.

Justeru, sbg umat Islam yang sentiasa mahu maju kehadapan, kita naikkan lagi TARGET kutipan derma kita kepada £1000. InshaAllah, berkat pertolongan Allah, kita boleh menacapai target ini.

TARGET BARU KITA, £1000, 9 hari lagi

Ayuh rakan-rakan dan sahabat semua, mari kita bersama-sama menyokong Misi Kasih Padang dari Sheffield ini. Jgn ketinggalan untuk menjadi jutawan akhirat.Semoga Allah menerima amalan kita ini, inshaAllah.

Ayuh rakan-rakan dan sahabat semua, mari kita bersama-sama menyokong Misi Kasih Padang dari Sheffield ini. Jgn ketinggalan untuk menjadi jutawan akhirat.Semoga Allah menerima amalan kita ini, inshaAllah.

PB090034

PB090036

Gambar sisters MSM Sheffield yg bersemangat menyokong misi bantuan ini.

Salam,

Kerjasama warga Sheffield dan MSM Sheffield

Next Page »


Program terkini…

Photobucket

Projek sumbangan terkini…

Photobucket

Untuk sumbangan bolehlah disalurkan terus ke:

•Nama: A R B Mohmad

•Bank: HSBC

•Sort code: 40-41-31

•Account no.: 41535366

•Reference: Tabung Palestine 2010

Sila lawati laman: http://mkpalestin.blogspot.com

Archives

Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.

Perhimpunan Musim Sejuk MSM

Photobucket

Perkhemahan Musim Panas MSM

Photobucket

MSM Cargo

Photobucket

MSM Travel & Tours

Photobucket

Blog Stats

  • 2,586 hits

Blog page visitors

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Oct    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Usrah

Adakah anda berminat untuk menghadiri Usrah MSMSheffield?. Sila daftar Online di http://msmsheffield.blogspot.com atau hantar maklumat anda di msmsheffield@gmail.com atau di mana-mana ruang chat/forum di dalam blog ini dan nyatakan kesudian anda. Insyallah kami sedia membantu anda.