Blogsite – IKRAMUKE Sheffield Notes

Leave a comment

Alhamdulillah, setelah rasminya majlis perlancaran rebranding MSM UK & Eire ke IKRAM UK & Eire, para pembaca bolehlah melawat laman rasmi IKRAM UK & Eire di http://www.iramuke.org dan untuk mengetahui perkembangan aktivisma serta tarbiyyah dan dakwah di Sheffield sila lawati di laman rasmi IKRAM UK & Eire – Sheffield di http://ikramuke-sheffield.blogspot.com

Terima kasih di atas sokongan anda semua di atas usaha memartabatkan Dakwah dan Tarbiyyah bersama MSM dan teruslah menyokong aktiviti serta Tarbiyyah dan Dakwah IKRAM UK & Eire.

Sekian terima kasih.

ISK Brothers 2010

Leave a comment

4/11/2010, Sabtu – Alhamdulillah, ikhwah selesai dgn Ini sejarah Kita (ISK) peringkat EMSY. Majlis ini telah dikendalikan oleh Akh Fikri.

Turut hadir terdiri dari lokaliti Sheffield, Leicester dan Notts.

Pengisian adalah menyentuh kepada Sejarah ketamadunan, pembinaan, kejatuhan empayar, peranan dan tugas kita untuk membangun semula kegemilangan kekuasaan Islam di atas muka bumi ini.

Semuga kehadiran anda semua mendapat hidayah dari Allah untuk mengembalikan semula izzah ummah di atas muka bumi ini, kerana peranan kita amat banyak dan ruang-ruang untuk melaksanakan amal dan dakwah amat luas dan perlu dipikul oleh setiap dari kita.

Sekian, terima kasih.

Usrah Gabungan Brothers

Leave a comment

Salam,

3/12/2010, Jumaat – Alhamdulillah, dengan izin Allah pihak brothers dapat menjalankan usrah gabungan seperti yg dirancang selepas 2 minggu postpone. Terima kasih kepada pihak tuan rumah Furqan kerana sudi menjadi host kepada majlis ini.

Majlis ini dimulai dgn tilawah surah Al-Furqan ayat 1 – 38 dan tadabbur oleh Akh Abd Rahman, kemudian diikuti pula pembentangan bertajuk Ibn Taymiyyah oleh Akh Yusuf, dan seterusnya perbentangan mengenai Gerakan Islah bertajuk Ikhwan Muslimin oleh Akh Luqman.

Kehadiran adalah seramai 19 orang.

Majlis ditangguhkan pada jam 11.00 dan semoga Allah menganjari pahala kerana berusaha untuk menuntut ilmu dan kefahaman.

Sekian terima kasih.

Program ziarah UG/PG

Leave a comment

20/11/2010 – Gabungan usrah pihak UG telah mengadakan program ziarah ke rumah abang-abang PG untuk mengeratkan ikatan ukhuwwah di antara satu sama lain. Program bermula disebelah pagi dan bergerak dari rumah ke rumah sehinggalah jam 6.00pm. Pihak tuan rumah juga mengalu-alukan kedatangan mereka dengan penyediaan makanan sambil berkenal-kenalan.

Kunjungan ini perlu diteruskan kerana ia merupakan tuntutan tarbiyyah di kalangan ahli. Semoga program ini menambahkan keberkatan dari Allah Taala.

Sekian.

Program OH! Our History @ ISK di Sheffield, United Kingdom

Leave a comment

14/11/2010 Sheffield – Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya, Program OH! Our History atau lebih dikenali sebagai ISK telahpun diadakan pada 14 November 2010, bertempat di Bilik Mesyuarat, Octagon Centre. Program ini bermula dari jam 10.00pagi dan berakhir pada jam 5.30ptg.

Sebaik pintu Octagon dibuka pada jam 9.50pg, kesemua AJK dan beberapa adik2 telahpun bekerjasama untuk memasang alatan teknikal, menyusun meja dan kerusi serta memulakan pendaftaran para peserta. Seramai 20 peserta telah hadir yang terdiri daripada 3 orang postgraduates dan 17 orang undergraduates. Jumlah keseluruhan yang hadir termasuk AJK adalah 30 orang. Peserta diberi ‘goodie bag’ yang berisi makanan ringan untuk breakfast pagi.

Program ini dimulakan dengan doa selamat dan juga bacaan ayat suci Al-Quran (Surah Al-Hajj: Ayat 47-55) oleh Ukhti Azimah Omar. Slot mukadimah dimulakan oleh Ukhti Nurul Huda dengan begitu bersemangat agar para peserta dapat memahami tujuan mengetahui sejarah Islam.

Seterusnya, slot kedua iaitu pembentangan mengenai Dakwah Rasullullah di Mekah dan Madinah disampaikan oleh Ukhti Nurdalila. Slot ini amatlah menyentuh hati apabila menyedari betapa besarnya pengorbanan Rasullullah s.a.w. demi menyebarkan risalah kebenaran. Seterusnya, program berhenti rehat untuk makan tengah hari, solat zohor dan solat asar berjemaah. Para peserta turut diserikan dengan video yang disediakan oleh Ukhti Ida, Ukhti Atiqah dan Ukhti Aisyah. Video ini memberikan lagi semangat kepada peserta-peserta untuk terus mendengar OH!.

Slot seterusnya bersambung pada jam 2.10tgh hari dengan aktiviti bengkel. Setiap kumpulan berpeluang berbincang tentang apa yang telah dipelajari daripada slot pertama dan kedua.

Seterusnya program disambung dengan slot Zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan Umaiyyah, yang dibentangkan oleh Ukhti Fauziah dengan lantang dan penuh gaya bersemangat. Adik-adik turut merasai percikan semangat daripada Ukhti Fauziah untuk menghayati perjuangan para sahabat Rasullullah s.a.w. dalam menyebarkan Islam.

Seterusnya slot Zaman Abbasiyyah dan Turki Uthmaniyyah disampaikan oleh penyampai muda, Ukhti Ummu Fatima dan Ukhti Amirah Ngah. Dengan gaya penyampaian yang tersendiri dan menggunakan video yang sangat menarik, para peserta terus teguh untuk mendengar OH yang disampaikan.

Program berehat sekali lagi untuk menunaikan solat marghrib berjemaah. Kemudian, slot diakhiri dengan tayangan video Shift Your Paradigm selama 20 minit, dan disambung dengan penutup, Ini Peranan Kita yang disampaikan oleh Ukhti Nurul Huda.

Selaku Pengarah progam, saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan segala perjalanan program dari mula hingga tamatnya program. Ucapan jazakumullahu khairan katheera kepada semua yang telah berusaha keras bagi menjayakan program ini. Selain itu, jalinan ukhuwwah yang semakin erat dirasai, moga dirahmati dan diberkati.

Moga Allah membuka pintu hati mereka yang hadir untuk melihat jalan yang lurus ini, iaitu jalan menuju ke syurgaNya yang kekal abadi.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Pengarah Program OH! Our History
18/11/2010

Misi Kasih Malaysia: Banjir Besar Kedah & Perlis

Leave a comment

Salam rakan2 semua,

Misi Kasih: Banjir Besar Kedah & Perlis

Banjir besar yang melanda di bahagian utara negara kita adalah di laporkan yang terburuk berbanding apa yang berlaku pada Disember 2005. Sehingga kini, kira-kira 60,240 orang mangsa yang terlibat di mana kehilangan nyawa, harta benda, kerosakan tanaman dan ternakan juga terbabit (Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, The Times).

Pihak MSM Sheffield dengan ini melancarkan projek “MISI KASIH: Banjir Besar Kedah & Perlis” untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Kutipan derma akan bermula hari ini 17 November 2010.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

  • Nama: MSM Appeal
    Sort Code: 403117
    Account number: 31458272
    Reference: BanjirKedah

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Kedah dan Perlis. Dalam kita bergembira di musim perayaan ini, jangan di lupakan pada yang memerlukan, serta memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

“Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah Al-Baqarah: 272)

Wassalam,
Siti Fauziah Toha
MSMSheffield.

Riadah brothers

Leave a comment

10/11/2010 – Pihak brothers telah berjaya menganjurkan riadah iaitu bermain futsal di padang Goodwin sport pada tarikh tersebut. Program ini bermula pada jam 5pm.

Seramai 11 orang telah hadir menjayakan program ini.

Semoga permainan ini akan merepatkan hubungan ukhuwwah dikalangan pelajar muslim.

Sekian

Kenapa susah untuk mengawal hati?…

Leave a comment

Salam…

Setengah orang bertanya, apakah kaitannya pemakanan dengan ibadah harian kita?. Sebenarnya memang banyak kaitannya terutamanya bila kita hendak mendekati diri kita kepada Allah Taala. Asal kejadian kita ini sejak dari mula lagi adalah suci dan bersih atau berada di dalam keadaan fitrah. Apabila lahir sahaja di dalam dunia ini, maka ia akan dibentuk samada terus berada di dalam keadaan fitrah iaitu Islam ataupun mereka tergelincir kerana dibentuknya menjadi yahudi atau nasrani.

Sesungguhnya di dalam diri anak adam itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh badan. Kalau busuk daging itu maka busuklahseluruh badan. Maka ketahuilah oleh mu bahawa daging itu adalah hati. Pemakanan harian kita akan membentuk keadaan hati kita. Lembut dan keras, degil atau sejahtera, sakit atau sehat hati adalah terletak pada sebahagian daripada pemakanan. Kenapa hati?… Kerana hati adalah raja di dalam diri kita. Segala tindakan dan kelakuan kita di arah oleh hati. Kesedihan hati akan menyebabkan segala anggota kita turut menjadi kurang sejahtera. Ketenangan hati akan menyebabkan seluruh anggota badan kita merasa seronok untuk menjalani kehidupan seharian lebih-lebih lagi untuk tunduk dan patuh melaksanakan arahan Allah Taala.

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan yang batin? (Luqman:20)

“Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi, (Sebagai rahmat pemberian) daripadanya, sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti” (Al Jathiyyah:13)

Saya semakin tidak faham kenapa dikalangan kita sanggup untuk membiarkan diri dimasukkan sahaja makanan-makanan yang mengandungi unsur subahat, kotor dan lebih-lebih lagi mempunyai unsur haram yang nyata. Di dalam rumah banyak makanan yang kurang menepati halal disegi syariat. Bukan sahaja diri sendiri yang makan, tetapi seluruh ahli keluarga turut berselera dengan makanan yang tidak halal atau subahat tersebut. Hilang rasa sensitif langsung di dalam bab ini. Tidak hirau dan tidak risau langsung apa akan terjadi seterusnya. Mengambil sikap acuh tidah acuh sahaja apabila hendak memenuhkan perut dan segala urat-urat di dalamnya. Kemudian mengeluh kenapalah doa aku tidak diterima… kenapalah aku ni malas hendak beribadah… dan begitulah keadaannya. Itu tandanya hati sudah menjadi mati atau gelap untuk menerima hidayah atau taufik dari Allah Taala. Hati yang hitam diibarat seperti semut hitam di atas batu hitam di dalam gelap gelita yang hitam. Semuanya tidak dapat dikesan dan diperlihatkan. Begitulah juga dengan hati kita, apabila sudah hilang nur atau cahaya hati, maka susahlah segala kebaikan untuk lekat di dalam hati tersebut. Susah untuk buat kebajikan, susah untuk membuat ibadah dan lebih susah lagi mendapat pertunjuk dari Allah.

Rasulullah SAW bersabda “Makanan yang paling baik dimakan ialah makanan yang dimakan daripada usaha tangan sendiri. Nabi Allah Daud A.S makan daripada hasil tangannya sendiri”.

Umar R.A berkata “Janganlah kamu berhenti mencari rezeki kemudian kamu berdoa pula:- Ya Allah, berilah aku rezeki. Sedangkan kamu tahu langit tidak menurunkan emas dan perak.”

Beberapa tips yang mungkin berguna untuk kesejahteraan hati kita:-

  • Berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan menepati syarak.
  • Makan makanan yang halal dan menghindar sama sekali yang mempunyai unsur subahat
  • Banyakkan berdoa memohon ampun.
  • Beristigfar sebanyak mungkin setiap hati
  • Membanyakkan membaca Al Quran
  • Berzikir  

Moga-moga hati kita hidup kembali dan menjadi neraca di dalam kehidupan harian kita.

Wassalam dan sebagai muhasabah diri sendiri.

Abu Zorief @ ranting
9/11/2010 Selasa

‘kalau’ dan ‘sihat tubuh badan’

Leave a comment

Artikel ini ditulis hasil inspirasi perbincangan dalam usrah sebentar tadi (credit tu burn, afifi, haikal, akmal dan atiq)…
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun, pada kedua2nya ada kebaikan. Berjaga2 lah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata, ‘Kalaulah aku lakukan begini, maka sudah pasti lain yang berlaku’. Tetapi katakanlah, ‘Itu merupakan takdir  Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya’, sesungguhnya ‘Kalau’ akan membuka pintu amalan syaitan’

(Riwayat Muslim)

Disini saya ingin berkongsi 2 points; pertamanya penggunaan perkataan ‘kalau’.
Sebagaimana yang diterangkan Rasulullah, perkataan ‘kalau’ akan membuka jalan kepada hasutan syaitan. Ia akan menjadikan seseorang itu resah gelisah, berduka dan tidak redha kepada qada’ dan qadar Allah. Seharusnya, kita berfikiran positif kerana sesuatu yang berlaku itu adalah dengan keizinan-Nya. Allah lah yang Maha Bijaksana dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Penggunaan ‘kalau’ untuk sesuatu yang belum berlaku atau untuk future planning adalah tidak salah sama sekali.
Point ke-2 ialah Allah lebih menyukai dan mencintai mukmin yang kuat dan sihat berbanding mukmin yang lemah. Sebab itulah salah satu daripada muwasafat tarbiah kita ialah untuk membina individu yang memiliki ‘kekuatan jasmani’ ataupun ‘Qawiyyul Jism’. Melalui kekuatan jasmani dan tubuh yang sihat, kita dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang kuat, apalagi berperang di jalan Allah dan bentuk2 perjuangan yang lain.
Untuk itu, dalam tarbiah, setiap orang dibiasakan untuk menjaga kebersihan badan, pakaian, makan dan minum mengikut sunnah, meninggalkan kebiasaan yang buruk (i.e MEROKOK) atau mengambil makanan2 yang melemahkan tubuh. Selain itu, setiap orang juga dibiasakan untuk menjauhi makanan dan minuman yang diawet, mengatur jadual makan, makan makanan yang seimbang (piramid makanan) dan tidak berlebihan dalam mengambil lemak, garam dan gula (kurangkan soft drinks).
Setiap orang juga dibiasakan untuk mendapat tidur yang cukup, bangun sebelum fajar dan menjadikan bersukan minimum 15 mins sekali dan sebanyak 3 kali seminggu dalam mutabaah amal.
Kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Walaubagaimanapun, sakit adalah lumrah dan wajar diterima dengan hati yang redha.
Wallahua’lam.
Selamat beriadah,

Manisnya ber… Usrah

Leave a comment

Salam,

Semoga Allah menghimpunkan kita di dalam golongan hamba-hambanya yang siddiqin, syuhada dan hasuna ula ikarafiqa… malah kita merasa seronok untuk berlumba-lumba mengejar kebaikan, fastabiqul khairat dengan niat dan hati yang ikhlas kepada Allah tuhan semesta sekelian alam…

Kita membina usrah bukanlah untuk suka-suka tanpa ada matlamat dan penhujungnya, tetatpi kita membinanya kerana ujud disana rasa mawaddah dan rahmah, kasih-sayang, cinta kepada saudara sesama muslim lebih dari cinta kepada diri sendiri, mempraktikkan akan ilmu yang sebenar kerana tidak mahu menjadi jahil, pengamal sifat mazmumah seperti menjadi pengumpat dan pengkeji yang difahami seolah-olahnya ibarat memakan daging saudara sendiri, menjadi medan untuk sama-sama melaksanakan amal islami, belajar mengenali saudara kita, mengenali apakah makna Islam sebenarnya, menyediakan suasana atau biah yang solehah, medan muhasabah segala tingkah laku dan amal sepanjang hari… insyaallah kita akan bina usrah ini sebagai rantaian-rantaian ukhuwwah yang menjadi teras kegemilangan ummah.

Jadikan pengisian usrah selama diperolehi sebagai bekalan hidup, ibadah-ibadah harian wajib dan sunat sebagai bekalan menuju ketaqwaan, pengalaman hidup diri dan ikhwah lain sebagai bekalan ukhuwwah… yang akan mematangkan gerak-kerja kita sebagai hamba Allah yang mengajak manusia kearah Islam yang sebenar, menyeru kepada maaruf dan mencegah mungkar… kerana inilah akhir kepada kemanisan iman yang akan kita kecapi bersama.

Berilah sebanyak mungkin ruang di dalam diri dan hati kita untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah Taala supaya diri kita menjadi kental dalam meneruskan tugas dan amanah sebagai penyeru yang selama ini menjadi tugas dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah tercinta.

Sepertimana kita ketahui, sesiapa yang menolong agama Allah maka Allah akan menolong dan menganjari segala nikmat dan rahmatnya ke atas mereka yang menolong. Besar ganjarannya dari Allha Taala. Tetapi semua ganjaran itu tidak akan kita kecapi jika kita tidak menempatkan diri kita di atas jalannya.

Semoga kita mendapat bahagian kita di atas muka bumi ini sebagai manusia yang bekerja ikhlas kerana Allah Taala.

Sekian, wassalam

MSM Sheffield

Older Entries