Misi Kasih Malaysia: Banjir Besar Kedah & Perlis

Leave a comment

Salam rakan2 semua,

Misi Kasih: Banjir Besar Kedah & Perlis

Banjir besar yang melanda di bahagian utara negara kita adalah di laporkan yang terburuk berbanding apa yang berlaku pada Disember 2005. Sehingga kini, kira-kira 60,240 orang mangsa yang terlibat di mana kehilangan nyawa, harta benda, kerosakan tanaman dan ternakan juga terbabit (Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, The Times).

Pihak MSM Sheffield dengan ini melancarkan projek “MISI KASIH: Banjir Besar Kedah & Perlis” untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Kutipan derma akan bermula hari ini 17 November 2010.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

  • Nama: MSM Appeal
    Sort Code: 403117
    Account number: 31458272
    Reference: BanjirKedah

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Kedah dan Perlis. Dalam kita bergembira di musim perayaan ini, jangan di lupakan pada yang memerlukan, serta memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

“Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah Al-Baqarah: 272)

Wassalam,
Siti Fauziah Toha
MSMSheffield.

Iftar Jama’ie & Usrah Gabungan

Leave a comment

21/10/2010 Khamis – Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Taala kerana program Iftar Jama’ie dan Usrah Gabungan  telah diadakan pada 21/10/2010 Khamis jam 6.00pm bertempat di Muslim Welfare House Sheffield.

Kehadiran adalah seramai 20 orang. Antara pengisian program ialah Iftar, Solat Maghrib berjamaah, Pengisian bertajuk Tarbiyyah Dzatiyah dan perkongsian pengalaman di Beirut.

Program ditangguhkan pada pukul 8.00 malam dan berakhir dengan solat isya’ berjamaah.

Sekian terima kasih.

“… ayam dalam periuk tu ada lagi ke?…”

“Macamana kawan-kawan?… nak tambah lagi ke?…”

“Eh makanlah… banyak lagi ni…”

“Apa macam sedap tak… minggu ni orang bujang yang masak…”

Program Sambutan Pelajar (PSP)

Leave a comment

14/10/2010 Khamis – Alhamdulillah, syukur kerana program PSP ini dapat dilaksanakan pada 14/10/2010 Khamis di Broomhall Center Sheffield bermula pada pukul 7.30pm.

Kehadiran adalah seramai 35 orang pelajar baru.  Antara agenda program adalah open booth Program-program MSM Lokaliti, Kawasan dan Nasional, Ceramah perkongsian pembelajaran di Sheffield dan juga perkongsian pengalaman di Beirut – Palestinian refugees camp.

Pihak MSM mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru dan kami sentiasa membuka ruang perbincangan dan juga mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru mahupun lama ke program-program yang dianjurkan oleh MSM. MSM adalah untuk semua…

Semoga penerangan ini akan memberikan gambaran yang jelas tentang aktiviti-aktiviti MSM dimasa hadapan.

Sekian terima kasih.

Selamat datang kepada pelajar baru

Pameran Booth – poster presentation Program MSM & MKP

Perkongsian pembelajaran dengan senior

Majlis dibuka dengan bacaan Al Quran

Perkongsian pengalaman MKP di Beirut – Palestinian Refugees Camp

Tidak ketinggalan juga di pihak sistersYou are welcome

Pemberian cenderahati dari MSM… Nah ambil Mathurat ni, baca ok….

Sambil melawat booth, silalah makan

Penyerahan Derma Misi Kasih SRINPEK

Leave a comment

Assalamualaikum wth wrbt,

Alhamdulillah, pada 8hb September 2010 yang lalu, saya telahpun menyampaikan wang derma sebanyak GBP460.00 iaitu bersamaan RM2270.00, kepada pihak Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim, SRINPEK.

Perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Pengerusi Kutipan Dana SRINPEK, iaitu Dr Haji Mat Husin Saleh dan beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas derma yang dihulurkan.

Bersama ini disertakan lampiran resit untuk rujukan semua.

Semoga usaha kita yang kecil ini diterima olehNya dan menjadi berat timbangannya pada hari pembalasan kelak.

InshaAllah. Amin.

Wassalam,

Sekian,
Raudhah Ahmadi
Pengerusi Misi Kasih SRINPEK
MSM Sheffield

Sumbangan first-aid kit dari MKP Sheffield

Leave a comment

Ketua lokaliti Sheffield mewakili MKP EMSY
menyampaikan first aid kit kepada JK Postgrad MSM

17/9/2010 – Alhamdulillah, MKP Sheffield berjaya mengumpulkan beberapa barangan first-aid kit untuk kegunaan para peserta Land Convoy VP5Aqsasyarif  yang disertai oleh seramai 7 orang dari wakil AQsa Syarif Malaysia.

Insyaallah barangan ini akan diserahkan sendiri kepada Ketua Misi Dr. Zin Kandar di London pada hari Sabtu 18/10/2010 di mana mereka akan bertolak dari London bersama-sama dengan peserta convoy yang lain melalui misi darat sehingga ke Rafah.

Antara barangan perubatan tersebut ialah:

  • 1. Flu relief capsules – 1 box
    2. Panadol extra tablet – 2 box
    3. Gaviscon tablets – 1 box
    4. 8 dressing pads – 1 box
    5. 8 conforming bandages – 1 set/box
    6. Sore troat relief Halls – 1 box
    7. Cleasing surface wipes Dettol – 1 bag
    8. Relief coughs & sore troat Care+ – 1 bottle
    9. vapour rub – 1 bottle
    10. Petroleum jelly – 1 bottle
    11. gunting kecil – 1 unit

Semoga sumbangan kecil dan ikhlas ini diberkati Allah dan menautkan ikatan ukhuwwah di atara satu sama lain.

Sekian, wassalam

Ketua projek
Misi Kasih Palestin Sheffield
Abd Rahman Mohmad

Kemaskini kutipan Misi Kasih SRINPEK… 26/8/2010

Leave a comment

Misi Kasih SRINPEK, MSM Sheffield
Hari ke 15,  jumlah kutipan mencecah £330 dan RM30
10 hari lagi

Assalamualaikum wth wrbt

Diharapkan sahabat-sahabat sekalian berada dalam kemanisan iman dan sentiasa di bawah lembayung rahmatNya. Sedikit makluman tentang jumlah kutipan terkini Misi Kasih SRINPEK yang telahpun memasuki hari ke 15, iaitu sebanyak £330 dan RM30. InshaAllah, kita ada 10 hari lagi utk mengutip derma ini sebelum wang derma tersebut dihulurkan kepada Pengetua SRINPEK, sekembalinya saya ke tanah air pada 27 Ramadhan, inshaAllah.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa yang masih ingin menderma, bolehlah menghulurkan wang derma ke akaun bank saya seperti butiran dibawah.

  • Nama: Ahmadi R
    Account No: 24236594
    Sort Code: 60-19-07
    Bank: Natwest
    Reference: Misi Kasih SRINPEK

Untuk yang berada di Malaysia, no akaun di Malaysia:-

  • Nama: Raudhah Ahmadi
    No akaun: 111114329756
    Bank: Maybank

Anak-anak kecil ini menanti saat dan masanya untuk mereka mendapat peluang belajar di sekolah yang penuh kemudahan agar mereka dapat menjadi generasi berilmu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Maka, peranan kitalah yang amat penting disini untuk memastikan impian mereka mendapat sekolah ini terlaksana.

sila layari http://www.srinpek.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Jazakumullah khairan kathira.

Wassalam,
Raudhah Ahmadi
Pengarah Projek Misi Kasih SRINPEK,
MSM Sheffield

Kemaskini kutipan Misi Kasih Pakistan… 25/8/2010 Rabu

Leave a comment

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, kutipan derma bagi projek “MISI KASIH PAKISTAN : Pakistan Floods Appeal” kini masuk hari kesebelas dan telah mencatat kutipan mencecah £763.81. Terima kasih diucapkan kepada yang telah menghulurkan bantuan. Marilah kita terus sama-sama menyumbang dan membantu meringankan beban saudara-saudara kita di Pakistan. Kutipan derma akan berlangsung sehingga 1 Syawal, Insyaallah.

Banjir tercetus akibat hujan lebat menenggelamkan kawasan tadahan Sungai Indus dan mengorbankan 1,600 orang, memaksa dua juta orang berpindah dan menjejaskan kehidupan 14 juta penduduk (Berita Harian)

“Penyakit cirit-birit semakin meningkat namun kami mempunyai capaian terhad di sesetengah kawasan. Laluan sukar menghalang kami merawat kes terbabit,” (Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO))

An estimated six million children are at risk of malnutrition, diarrhoea and pneumonia as unprecedented super-floods inundate Pakistan. “Children are drinking, washing in and going to the toilet in the same river water. If this sanitation crisis is not tackled now, in six months time, millions and millions of children will be suffering potentially deadly diarrhoea and other diseases” (Disaster Emergancy Committee)

Bagaimana setiap pound yang disumbangkan dapat membantu?

  • £ 15 dapat menyumbangkan 6 helai selimut untuk mereka yang tiada tempat kediaman selepas banjir.
  • £ 30 dapat membantu memberi imunisasi kepada 30 orang kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.
  • £ 40 dapat menyumbangkan 16 kelambu nyamuk (mosquito nets) untuk mengelakkan mangsa banjir daripada mendapat penyakit.
  • £ 50 dapat membekalkan 5 keluarga bekalan air minuman bersih.
  • £100 boleh membeli peralatan dapur untuk 6 buah keluarga yang hilang segalanya ketika banjir.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

  • Nama : MISS ZULFA H B ASHAARI
  • Account Number :2 4 1 9 4 0 6 9
  • Sort Code : 60-19-07
  • Bank: Natwest
  • References : MSM Pakistan Floods Appeal

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Pakistan. Mari kita mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

Wallahu’alam.

Sekian, Wassalam.

Zulfa Hanan Ashaari
Pengarah Projek
Misi Kasih Pakistan : Pakistan Floods Appeal,
CPO Sheffield,
3rd year Ph.D. Student,
Department of Geography,
University of Sheffield,
Winter Street, Sheffield S10 2TN
Email : hazely85@yahoo.com/ Z.Ashaari@sheffield.ac.uk
https://msmsheffield.wordpress.com/

Misi Kasih Pakistan: Pakistan Floods Appeal

Leave a comment

Pada 28 Julai 2010 yang lalu, dunia dikejutkan dengan bencana alam banjir yang melanda Pakistan. PBB melaporkan banjir yang kini melanda Pakistan adalah krisis kemanusiaan terburuk sejak beberapa tahun lalu dengan 14 juta orang terjejas menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian Tsunami 2004 dan gempa bumi dia Kashmir dan Haiti. Sehingga kini banjir yang melanda telah memusnahkan beratus-ratus perkampungan, lebih 30,000 kediaman musnah, kemudahan infrastruktur rosak teruk dan mengancam lebih banyak nyawa ketika angka kematian kini melebihi 1600 orang.

Pihak MSM Sheffield dengan ini melancarkan projek “MISI KASIH PAKISTAN: Pakistan Flood Appeal” untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pakistan.

Kutipan derma akan bermula hari ini 4 Ramadhan 1431 H dan berakhir pada 1 Syawal 1431 H.

 Bagaimana setiap pound yang disumbangkan dapat membantu?

£ 15 dapat menyumbangkan 6 helai selimut untuk mereka yang tiada tempat kediaman selepas banjir.

£ 30 dapat membantu memberi imunisasi kepada 30 orang kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.

£ 40 dapat menyumbangkan 16 kelambu nyamuk (mosquito nets) untuk mengelakkan mangsa banjir daripada mendapat penyakit.

£ 50 dapat membekalkan 5 keluarga bekalan air minuman bersih.

£100 boleh membeli peralatan dapur untuk 6 buah keluarga yang hilang segalanya ketika banjir.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

Nama : MISS ZULFA H B ASHAARI
Account Number :2 4 1 9 4 0 6 9
Sort Code : 60-19-07
Bank: Natwest
References : MSMPFA

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Paksitan. Mari kita mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

“Ubaadah ibn as-Saamit, Rasulullah ﷺ berkata: “Ramadan sudah tiba, bulan barakah, Allah menyelubungi kita dengan RahmahNya, Dia memadamkan dosa-dosa, Dia memerhatikan kita berlumba untuk kebaikan, Dia bermegah mengenai kita kepada malaikatNya. Oleh itu, tunjukkan kepada Allah yang terbaik, sesungguhnya yang bermuram adalah yang dihalang dari mendapat rahmah Allah.” (HR Tabrani- Saheeh)

Sekian, Wassalam.

Zulfa Hanan Ashaari
Pengarah Projek Misi Kasih Pakistan,
CPO Sheffield,
PhD Student,
Department of Geography,
University of Sheffield,
Winter Street, Sheffield S10 2TN

https://msmsheffield.wordpress.com

http://msmsheffield.blogspot.com

 

Misi Kasih SRINPEK

Leave a comment

Assalamualaikum wth wrbt.

Ahlan Wasahlan Ya Ahli Ramadhan

Bangunan sekolah sediada yang disewa dari Majlis Perbandaran Kulim Kedah di Jalan Kilang Lama

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan dimana segala amalan kita dilipatgandakan pahalanya, pihak MSM Sheffield bersyukur kerana dapat menganjurkan ‘Misi Kasih SRINPEK’. Misi ini adalah bertujuan mengumpulkan derma untuk projek pembangunan Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Penghulu Elang Kulim Kedah (SRINPEK) http://www.srinpek.edu.my/. Untuk maklumat lanjut, bersama ini disertakan lampiran daripada pihak pengurusan tentang kempen kutipan dana ini sila klik Dana Wakaf Bangunan Sekolah SRINPEK.

Kutipan derma ini akan bermula pada hari ini sehingga 25 Ramadhan pada tahun ini. InshaAllah, saya akan balik ke Malaysia pada 26 Ramadhan nanti dan akan berusaha menunaikan amanah untuk menyampaikan wang derma ini kepada pihak pengurusan, dalam bulan Ramdhan tahun ini juga.

Derma sahabat-sahabat sekalian bolehlah dihulurkan terus kepada saya atau secara online banking, pada butir-butir dibawah:-

Nama: Ahmadi R
Account No: 24236594
Sort Code: 60-19-07
Bank: Natwest

Ref: MKSrinpek

Sahabat sekalian, Rasulullah s.a.w sangat pemurah di bulan Ramadan. Para sahabat berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersedekah bagaikan angin bertiup – tidak terkira banyaknya. Maka jangan kedekut – bersedekahlah walaupun hanya dengan separuh buah tamar. Beri dalam senyap sebanyak yang mungkin – dan adalah lebih baik tidak diketahui orang.

Sekian, jazakumullah khairan kathira.

Wassalam,
Pengarah Projek Misi Kasih SRINPEK,
Raudhah
MSM Sheffield

Warga Sheffield ke PERKEMAS 2010… 31/7/2010 Sabtu

Leave a comment

Salam,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Taala kerana program PERKEMAS 2010 pada tahun ini yang merupakan temasya Perkhemahan Tahunan MSM telah dihadiri seramai 10 keluarga dan 5 orang bujang dari warga Sheffield.


Antara peserta Program Tunas Taqwa

Program ini telah diadakan pada 31/7/2010 sehingga 2/8/2010 bertempat di Bryn Gloch Caravan & Campsite, Caernarfon, North Wales.

Perkhemahan ini telah melibatkan seluruh ahli keluarga kerana tema PERKEMAS 2010 ialah Keluarga Bahagia. Berbagai aktiviti menarik telah diatur untuk memberikan keseronokan peserta sepanjang program berlangsung. Kehadiran warga veteran dari Sheffield telah menceriakan suasana program tersebut.

Jelas terbayang keceriaan diwajah masing-masing sepanjang program tersebut.

Semoga program PERKEMAS akan datang ini akan dihadiri dengan lebih lagi warga postgrad dan undergrad dari lokaliti ini.

Semoga bertemu lagi dimasa akan datang…

Sekian.

Laporan Biro Postgrad
MSM Sheffield

Older Entries